Khas untuk penternak

Hi, sejak aku bekerja di kedai DEDAK, so aku dapat tau la juga tentang dedak, ubat dan supplement untuk haiwan ternakan.

LEMBU...
          Yang paling femes dedak lembu setakat yang aku tau ialah DEDAK JOHOR daripada SIWA BROTHERS. dedak johor ni mahal sikit lah sebab dedak tu memang femes dan ramai guna, dia punya kelebihan pulak ialah cepat kembang dan juga cepat gemuk.

 Profat : 16 - 20%
Add Oil/ Fat 3% Maximum
           

           Untuk dedak biasa, depa akan guna dedak PKE 787 daripada kilang PSJ. Dedak ni juga bagus untuk penternak yang bajet tak berapa nak banyak untuk beli dedak johor dan dia jauh lebih murah dari dedak johor. perbezaan dedak johor dan pke 787 ialah apabila dicampur air dedak pke 787 lambat kembang berbanding dengan johor tadi.

   Protein          Max: 18%

Ni pula untuk lembu bunting, dedak ni sangat disarankan ya, SUPER BEEF 5211 dari kilang SOON SOON. kenapa dedak ini disarankan? sebab dedak ni mempunyai soya dan bagus untuk susu lembu bunting😉







untuk dedak yang biasa dan paling murah dari yang lain ialah dedak PKE 8268 dari kilang TCH. Dedak ni sama ja macam PKE 787 cuma beza dia pellet lagi besar. Ianya sama 100% dan beza pellet dan juga kilang. Itu sahaja perbezaan antara dedak PKE 8268 dan PKE 787.


Comments

Popular posts from this blog

Scilla Miniature Perfume